SHAH ALAM - Tahaluf siyasi (kerjasama politik) itu ialah koalasi (gabungan) yang pada dasarnya adalah penerapan politik, implementasi politik daripada prinsip kerjasama.

“Namun dalam kerjasama ini ada dua bentuknya iaitu kerjasama untuk mewujudkan kebaikan dan kerjasama untuk mencegah kerosakan,” jelas Ustaz Muhammad Anis Matta, mantan Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia.

Tambahnya, dengan adanya kerjasama untuk melawan kerosakan dalam masyarakat, secara automatik dalam politik akan ditemui dua jenis orang  iaitu  kawan dan musuh.

“Sehubungan dengan itu,  jangan pernah membayangkan kita terlibat dalam politik dan kita tidak mempunyai musuh. Kerana yang perlu kita lakukan adalah, mencari kawan sebanyak-banyaknya, dan menghindari wujudnya permusuhan.”

Tegasnya lagi, namun jangan pernah membayangkan tidak punyai musuh.

“Baik kawan atau musuh, itu sama-sama punya tiga level iaitu ada kawan ideologi dan musuh ideologi, ada kawan strategi ada musuh strategi dan ada kawan taktik begitu juga ada musuh taktik.”

Beliau mengakhiri ucapannya dengan mengatakan jika seseorang dapat memahami konteks gabungan politik dalam perspektif tersebut, maka kerja utama dalam politik adalah menciptakan keseimbangan kekuatan iaitu jangan ada satu kekuatan yang mendapat peluang untuk mencengkam kehidupan bersama dan menjadikan seseorang itu susah.

“Dan kita harus mencegah itu terjadi. Tapi inilah super masalah yang kita hadapi dalam sistem demokrasi kerana kestabilan politik mengharuskan adanya pemerintahan yang kuat.

Tambahnya lagi, pemerintahan yang terkuat seringnya cenderung menjadi diktator. Itu adalah sumber masalahnya.

“Tugas kita adalah bagaimana mencipta pengimbangan kekuatan-kekuatan yang ada dan menjadi sebahagian daripada kekuatan-kekuatan itu.”

Pengimbangan kekuatan ini yang harus dijaga, tegas Anis lagi.

“Maksudnya jangan ada satu kekuatan yang terbina dalam masyarakat yang punya daya destruksi (kerosakan), namun jika ada kekuatan positif yang mempunyai konstruksi sebaik ini yang kita miliki sekarang, sesungguhnya inilah yang harus kita dukung.”

Jangan Lepaskan Peluang Ke Konvensyen Ini!