SHAH ALAM - Laras bahasa gerakan Islam era generasi kedua menyaksikan mereka mampu membuat engagement dan mengangkat politik li ta’aarafu, politik yang meraikan perbezaan dan kepelbagaian seterusnya dipacu oleh pemikiran maqasidi (maqasid syariah), menurut Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut beliau, gerakan Islam era ini secara sedar telah membuat anjakan generasi, generational shift  yang tidak lagi bercakap dalam bahasa-bahasa retorik anti Barat.

“Sama juga seperti mana mereka sudah tidak lagi dengan laras, discourse dan naratif penubuhan kembali menegakkan kembali daulah Islam, Islamic state bahkan bercakap dalam bahasa, kalau boleh saya ungkapkan, yang menjadi slogan dan manifesto En-Nahda di Tunisia, di Morocco.

“Sedikit sebanyak mengambil itu walaupun tidak banyak, pokoknya (gerakan Islam) berjuang dalam era keterlibatan demokrasi untuk mengembalikan yang dikatakan the civil state based on shariah (berjuang mewujudkan masyarakat negara madani yang berpaksikan syariah yang mengangkat al-qanun),” jelas Dr Dzulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (AMANAH).

Beliau yang turut membentangkan mengenai Maqasid Syariah & Inclusivity dalam Konvensyen Maqasid Syariah (KMS 2015) turut menerangkan bahwa gerakan Islam generasi kedua ini sudah melepasi generasi pertama yang berpandu kepada era pasca baharu iaitu penjajahan yang selepas era kolonialisme, yang menyaksikan gerakan Islam mengambil pendekatan untuk mengembalikan kesatuan ummah.

“Ia berakhir dengan penampilan konsep seperti ad-Daulah al-Islamiyyah (Islamic state) dan segala apa jua yang lain yang mengikat kesatuan ummah, paling tidak secara spiritual, paling tidak secara konseptual secara nazhori (teori) lalu itu sudah berlalu.”

Menurut beliau, selepas Arab Spring, tokoh seperti Prof Dr Tariq Ramadan mengkategorikan generasi kedua gerakan Islam dan parti politik Islam itu berbeza dengan generasi pertama yang antaranya bersifat anti-rhetoric, anti-western, very islamic state centric dan juga membawa pendekatan al-Islam huwal hal, Islam itu penyelesaian dan maksud penyelesaian. 

Tambahnya, kehadiran memberangsangkan lebih 2,000 peserta dalam konvensyen ini dilihat sebagai satu indikator bahawa rakyat Malaysia mahukan masa depan Malaysia yang lebih baik.

Jangan Lepaskan Peluang Ke Konvensyen Ini!