SHAH ALAM - “Dr Rachid ketika itu juga (1987) baru sampai mencari suaka politik di UK dan London khususnya . Saya, Allah izin juga beri kesempatan berguru sekadar yang saya mampu untuk mendapat curahan ilmu dan bimbingan daripada beliau,” ujar Dr Dzulkefly Ahmad ketika berkongsi pengalamannya.

“Walaupun tidak sepuas yang kita mahu namun inilah dia peribadinya yang hari ini menjadi fenomena dalam gerakan Islam dan khusunya dalam apa yang dikatakan politik Islam dan pemikiran beliau itu, bukan sekadar mengulangi,” jelas beliau dalam Konvensyen Maqasid Syariah (KMS 2015).

Menurut beliau, seorang mufakkir (pemikir) itu mesti dinilai dari sudut contibution of real and original knowledge  dan beliau memerhatikan Dr Rachid Ghannouchi luar biasa dari sudut itu.

“Pemikiran maqasidnya itulah yang menjadikan Dr Rachid berdepan dengan suasana yang kurang lebih sama dengan Ikhwan Muslimin (IM) di Mesir yang juga buat julung kalinya mengecapi tampuk pemerintahan di negara Mesir sementara beliau memimpin kerajaan dan partinya En-Nahda bersama koalisi (gabungan) parti-partinya di Tunisia,” tambah beliau.

Jelas beliau lagi, Dr Rachid tidak mengambil sikap seperti mana pimpinan IM di Mesir ketika berdepan dengan cabaran serangan dan desakan serta asakan musuh-musuhnya yang membawa satu suasana fitnah yang melangsungkan fitnah yang berdekad lamanya yang berlaku kepada IM di Mesir.

“Rachid sebaliknya ketika memuncak tentangan kepada beliau dan kepimpinan beliau, pemerintahan kerajaan beliau itu secara suka dan rela menyerahkannya kembali kepada rakyat, render back the power to elect to,” katanya.

Beliau turut menerangkan bahawa disiplin ilmu maqasid syariah inilah yang menatijahkan dua langkah yang berbeza.

“Suasana yang berbeza betul, tapi waqi’ (realiti) atau cabaran yang sama kedua-duanya berhadapan dengan asakan yang mahu menjatuhkan kuasa yang baru sahaja dikecapi, tetapi Dr Rachid mengambil langkah menyerahkan kembali kepada rakyat, sementara Dr Morsi sedia kita maklumi bagaimana ijtihad mereka,” kata Dr Dzulkefly.

Menurut beliau, sehingga hari ini IM belum dapat keluar daripada kemelut tersebut. 

“Saya hanya boleh menyebutkan bahawa bacaan saya, justeru kerana pemikiran yang sarat dengan perhitungan iaitu disiplin ilmu maqasid dan betapa besarnya pemikiran atau berapa besar natijah impak yang berakhir dengan dua jalan serta dua pilihan yang sangat berbeza,” ujarnya.

Jangan Lepaskan Peluang Ke Konvensyen Ini!