SHAH ALAM - Ketaksuban yang difokuskan sesetengah pihak boleh berlaku hingga menyebabkan berlaku salah faham dan kadangkala mencetuskan pertelingkahan atau peperangan dalam sesebuah negara, bukannya memfokuskan kepada apa yang disepakati, menurut Dr Rachid Ghannouchi.

“Perpecahan dan taasub tanpa alasan (munasabah) sama ada kepada sesuatu parti atau bangsa ditegah kerana yang tunggal dan satu hanyalah Allah di langit dan setiap apa di bumi berbilang-bilang dan berpisah-pisah dan bagaimana kita menguruskan kepelbagaian ini?” soal beliau. 

“(Cara menguruskan) iaitu bukan dengan kekerasan dan ketaksuban tetapi hanya dengan mengakui dan mengiktiraf akan kepelbagaian dan mencari aspek yang boleh menyatukan kita seperti apa yang (menyatukan) rakyat Malaysia atau Tunisia,” jawab beliau. 

Tambahnya, masyarakat perlu dilihat seperti taman yang berwarna-warni yang diwarnai pelbagai aspek berbeza dari segi kecantikannya dan ia saling lengkap melengkapi.

Maqasid Syariah (tujuan syariat), jelas beliau, memfokuskan kepada melahirkan masyarakat yang rahmah, masyarakat yang pelbagai, yang mengiktiraf hak-hak manusia dan menerima kesenian, dari sekadar mengharamkan muzik dan (seni) melukis atau fotografi, kerana polisi melarang dan mencegah semata-mata tidak membawa (kebaikan) melainkan membawa ke belakang dan ketaksuban.

Beliau turut mengharapkan Malaysia mencapai kejayaan dalam setiap aspek politik, ekonomi dan masyarakat serta kemampuan untuk mengelola setiap kumpulan dan warna (kulit) baik daripada kaum Cina, India, Melayu, keturunan Arab dan lain-lain. 

“Mereka (rakyat Malaysia) mestilah tinggal secara damai dalam negara (ini) dan semoga situasi ini menjadi asas kekayaan dan kemajuaan dan berhati-hatilah agar ia bukan menjadi asas fitnah atau perpecahan,” nasihat beliau kepada rakyat Malaysia.

Jangan Lepaskan Peluang Ke Konvensyen Ini!