Pihak penganjur Konvensyen Maqasid Syariah 2015 dengan dukacitanya ingin memaklumkan bahawa kami baru menerima pemakluman daripada Pejabat Dr Rachid Ghannouchi bahawa beliau terpaksa membatalkan perjalanannya ke luar negara pada minggu ini kerana perlu menghadiri mesyuarat tergempar di dalam negaranya. Beliau memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan pembatalan ini.

Pihak penganjur juga memohon maaf kepada semua peserta KMS 2015 dan akan mengisi slot Dr Rachid Ghannouchi yang telah dijadualkan dengan acara alternatif.

Walau bagaimanapun, penceramah jemputan antarabangsa yang lain seperti Dr Ibrahim Munir, Ustaz Muhammad Anis Matta dan ahli panel tempatan yang lain akan tetap hadir untuk menjayakan Konvensyen ini.

Terima kasih.

Shahrul Aman Mohd Saari

Pengarah Konvensyen Maqasid Syariah 2015

Jangan Lepaskan Peluang Ke Konvensyen Ini!