Bagi menegakkan keadilan dan kebenaran Islam yang akan membawa rahmah kepada sekelian alam menuntut para pendokongnya untuk memahami dan mendalami ilmu di sekitar Maqasid Syariah. Maqasid Syariah mengajak kita melihat "the big picture" terhadap apa yang sebenarnya dituntut oleh Islam. Ini boleh mengelakkan kita daripada terperangkap dalam perkara-perkara furu' yang sering membawa kita terkeluar dari landasan pemikiran dan perjuangan yang pokok.

Dalam usaha kita membangunkan Malaysia Negara Rahmah, memahami selok belok yang berkaitan Maqasid Syariah adalah antara perkara penting yang perlu ditekankan. Hadiri konvensyen ini dan ikuti penyampaian oleh tokoh dan ilmuwan dalam & luar negara mengutarakan hujah dan pendapat mereka berasaskan kepada Maqasid Syariah

MENAMPILKAN:

  • Dr Rached Ghannouchi (En-Nahda Movement, Tunisia)
  • Dr Ibrahim Munir (SU Agung IM Antarabangsa)
  • Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad (Presiden IKRAM)
  • Ustaz Muhammad Anis Matta (Mantan Presiden PKS, Indonesia)
  • Dr Mujahid Yusof Rawa (Naib Presiden AMANAH)
  • Hj Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan PKR)
  • Ustaz Dr Maszlee Malik (Ahli Akademik, Pensyarah UIAM)
  • Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Naib Presiden AMANAH)
  • * serta beberapa lagi tokoh ilmuwan islam yang akan kami kongsikan.

Jangan Lepaskan Peluang Ke Konvensyen Ini!